Pages

Friday, April 2, 2010

Pergerakan Manipulatif


Terdapat beberapa jenis pergerakan yang dapat di kategorikan di dalam Pergerakan Asas Manusia. Menurut Pakar Pendidikan Jasmani ( Gallahue, D.L., 1996; Gabbard, C. LeBlanc, B.& Lowy.,1994; Burton, 1977) menyatakan pergerakan manipulatif adalah salah satu daripada jenis pergerakan asas. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-3, kemahiran manipulatif secara ringkasnya adalah kecekapan mengendalikan pergerakan-pergerakan. Selain daripada itu menurut (Gallahue & Donnelly: 2003) pergerakan manipulatif juga ialah pergerakan tubuh kasar di mana kekuatan atau kuasa di lepaskan atau di terima daripada objek. Pergerakan Manipulatif juga merupakan satu pergerakan yang memerlukan kemahiran asas dalam menyediakan kanak-kanak untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil,bola besar,gelung rotan,tali,dan juga relung getah (squaid). Kemahiran manipulatif hendaklah di bina pada peringkat umur yang lebih awal. Ini adalah kerana kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, menangani atupun mengawasi sesuatu objek. Pada ummumnya, perkembangan kemahiran manipulatif seseorang kanak-kanak bermula sejak lahir seiring dengan perkembangan motor halus dan motor kasar. Kemahiran manipulatif merupakan perkembangan daripada kemahiran motor halus dan motor kasar dan ianya adalah penting untuk pergerakan kanak-kanak.

Namun begitu, pergerakan manipulatif adalah penting kepada setiap kanak-kanak. Ini adalah kerana melalui pergerakan manipulatif juga kanak-kanak dapat memanipulasi kemahiran, koordinasi,keseimbangan dan juga kestabilan mereka bagi melakukan sesuatu gerakan. Selain itu, pergerakan kanak-kanak bukan hanya bergantung kepeda kekuatan fizikalnya sahaja tetapi juga kemahiran dalam memanipulasikan otot serta anggota dalam melakukan sesuatu pergerakan. Tambahan itu juga kanak-kanak juga dapat meningkatkan daya tumpuan,mengembangkan kemahiran motor,mengkoordinasi mata-tangan,menambah persepsi visual serta mengukuhkan konsep saiz,,bentuk,warna dan juga corak. Sebagai contoh, kebolehan untuk mengawal otot kecil badan biasanya akan di kaitkan dengan kebolehan koordinasi bagi tindakan mata dan tangan bersama dalam menghasilkan pergerakan manipulatif yang tepat dan sempurna.

Pada umumnya, terdapat pelbagai medium dan juga alat yang boleh di gunakan untuk menggalakkan kanak-kanak membuat pergerakan manipulatif. Di antaranya ialah alat mainan. Mainan merupakan objek yang paling baik bagi aktiviti kemahiran manipulatif jari dan tangan kanak-kanak. Kemahiran manipulatif juga melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa yang tangan perlu lakukan dalam sesuatu aktiviti. Mata pula akan mengesan rangsangan dan merangsang perkembangan motor halus kerana mereka iaitu kanak-kanak perlu menggunakan otot tangan dan jari. Perkembangan kemahiran manipulatif kanak-kanak membolehkan kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti yang bermakna dengan menggunakan sesuatu objek. Sebagai contoh, kanak-kanak di minta untuk menangkap dan melontar bola yang terdiri daripada pelbagai saiz dan juga bentuk seperti bola sepak,bola takraw,bola baling, bola tampar,bola ragbi ataupun bola tenis. Dengan itu secara langsungnya kanak-kanak akan dapat memperkembangkan kemahiran manipulatif sesuatu objek dengan meningkatkan tahap kesukaran seperti menggunakan jari untuk memusingkan objek,menarik benang, menyelak helaian buku atau kertas,melakar gambar dengan menggunakan krayon dan sebagainya.Pada peringkat ini juga ibubapa dan juga guru dapat melihat samada tangan kanan atau tangan kiri yang menjadi dominan dalam pergerakan manipulatif seseorang kanak-kanak.

2.0 Jadual Tahap Umur Dan Perkembangan Pergerakan Manipulatif Bayi

UMUR

PERKEMBANGAN

0-6 Bulan

Bayi dilahirkan dengan refleks gengaman yang sangat kuat sehingga boleh menampung berat badannya sendiri.

Kemampuan fungsi tangan anak akan wujud bila sistem otak-sarafnya dibina secara bertahap-tahap.

7-8 Bulan

Kanak-kanak peringkat ini sudah boleh memegang objek dengan tepat, mencapai objek dengan jari-jarinya dan memindahkan objek dari satu tangan ke satu tangan dengan mudah.

10-11 Bulan

  • Kanak-kanak dilihat seperti sengaja melepaskan barang yang dipegangnya.

2 Tahun

  • Pada tahap ini kemahiran manupulasi tangan anak semakin matang.
  • Kemahiran memulas dan memutar adalah sesuatu yang sukar dan ibu bapa harus membenarkan anak-anak berlatih sebanyak mungkin.

3 Tahun

  • Kanak-kanak sudah boleh melukis imej yang boleh dikenali, menulis dengan sokongan dan menulis mengikut garis putus.

4 Tahun

  • Kanak-kanak biasanya sudah boleh menulis tanpa sokongan.